SubhanAllah, Pakar astronomi dedah gambar pertama ‘gergasi pemakan bintang ‘

PARIS: Pakar astronomi semalam mendedahkan gambar pertama lubang hitam, satu daripada gergasi pemakan bintang yang berselerakan di seluruh alam semesta dan terhalang oleh perisai graviti yang tidak dapat ditembusi.

Imej teras hitam dikelilingi lingkaran api berwarna jingga plasma panas putih kelihatan seperti lukisan anak seni sejak 30 tahun lalu. Namun kali ini, ia adalah benar.

“Sejarah sains akan dibahagikan ke dalam masa sebelum imej berkenaan dan masa selepas imej,” kata Michael Kramer, pengarah Institut Radio Astronomi Max Planck.

Pesuruhjaya Penyelidikan, Sains dan Inovasi Eropah (CNRS), Carlos Moedas menyifatkan pencapaian itu sebagai ‘kejayaan besar untuk kemanusiaan.’

Lubang hitam yang amat besar itu diabadikan dengan rangkaian teleskop radio jarak jauh sejauh 50 juta tahun cahaya dari pusat galaksi dikenali sebagai M87.

“Ia adalah jarak yang hanya dapat kami bayangkan,” kata Frederic Gueth, seorang pakar astronomi di Pusat Penyelidikan Saintifik Nasional Perancis (CNRS) dan penulis bersama kajian yang memperincikan penemuan itu.

Kebanyakan spekulasi berpusat kepada lubang hitam lain disasarkan Event Horizon Telescope (Teleskop Acara Cakerawala): Sagittarius A*, lubang hitam lebih hampir namun kecil di pusat galaksi sendiri iaitu Bima Sakti.

Saintis berkata, mengunci imej lubang hitam amat besar M87 pada jarak seperti itu tidak dapat disamakan dengan mengambil gambar batu kerikil pada bulan. Ia juga adalah hasil usaha secara pasukan.

“Berbanding membina teleskop gergasi yang mungkin runtuh disebabkan terlampau berat, kami menggabungkan banyak pemerhatian,” kata Michael Bremer, seorang pakar astronomi di Institut Radio Astronomi Milimetrik (IRAM) di Grenoble.

Selama beberapa hari pada April 2017, lapan teleskop radio di Hawaii, Arizona, Sepanyol, Mexico, Chile dan Kutub Selatan memantau Sag A* dan M87.

Secara bersama, mereka membentuk satu pemerhatian maya sejauh 12,000 kilometer yang secara kasar adalah diameter bumi.

“Data yang diperoleh seperti set susun suai gambar tidak lengkap. Kami hanya melihat kepingan imej sebenar dan kemudian mengisi ruang kepingan yang hilang,” kata Monika Moscibrodzka, seorang pakar kaji bintang di Universiti Radboud.

Saintis berkata, pada akhirnya M87 lebih fotogenik, namun Sag A* terlalu ‘aktif’ untuk mendapat gambaran jelas.

“Apa yang kita lihat dalam imej ialah bayangan lingkaran lubang hitam, dikenali sebagai acara cakerawala atau titik tidak kembali, ditetapkan kepada cakera akresi berkilau,” kata Gueth.

Imej tidak dijangka itu, terlalu kerap dibayangkan dalam sains dan sains fiksyen, dianalisis dalam enam kajian ditulis secara bersama oleh 200 pakar daripada kira-kira 60 institusi dan diterbitkan semalam dalam Astrophysical Journal Letters.

“Saya tidak pernah terfikir dapat menyaksikan lubang hitam sebenar sepanjang hidup saya,” kata pakar astrofizik CNRS, Jean-Pierre Luminet, penulis simulasi pertama digital lubang hitam pada 1979. -AFP

VIDEO: Black hole ni wujud ke guys? Ke sekadar teori? Betul ke dalam filem dia tunjuk black hole ni sedut semua benda termasuk duit rakyat?

Black Hole

Black hole ni wujud ke guys? Ke sekadar teori? Betul ke dalam filem dia tunjuk black hole ni sedut semua benda termasuk duit rakyat?https://mlstudios.my

Posted by ML Studios on Thursday, January 3, 2019

sumber: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *