‘Lebih baik berpisah dari diikat suami durjana’-Noorkhiriah

Daripada terus-menerus berkongsi hidup dengan suami durjana, tidak rugi sekiranya seseorang wanita meninggalkan sengsara yang didepani dan mencari kebahagiaan sendiri, kata pelakon Noorkhiriah.

Katanya, seorang isteri tidak wajar takut untuk membuka lembaran baru jika ditakdirkan berpisah daripada suami yang tidak bertanggungjawab.

“Perempuan ni tak mati kalau tak ada lelaki macam tu.

“Baik ditinggalkan saja jantan yang main pelacur, penunggang agama atau tak ada rasa hormat pada mak ayah kita.

“Lebih baik bahagiakan diri sendiri,” kata pemilik nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie itu.

Memahami tiada isteri yang rela berpisah daripada suami, Noorkhiriah, 42, berkata wanita terbabit terlebih dahulu perlu mengumpul kekuatan untuk mengubah nasib yang menimpa mereka.

“Memang susah untuk bangkit, tapi belum cuba belum tahu. Kalau kita tak buat, siapa nak buat?” katanya.

Menurutnya, tiada guna memaksa-maksa hubungan suami isteri yang tidak boleh diselamatkan.

Semua ingat jahat

“Sekiranya kita dah usaha, berdoa dan Allah kata bukan jodoh kita, bukanlah.

“Hati juga tak boleh dipaksa-paksa, makin pedih jadinya nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Noorkhiriah bersyukur apa yang diperkatakannya itu bukanlah kehidupan yang sedang dilalui bersama suaminya.

Katanya, dia bernasib baik tidak diuji musibah sama.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang baik dan banyak membantu keluarga,” katanya.


Antara pelakon menjayakan drama bersiri Nur 2
Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Aktres itu turut membela seorang anak angkat diberi nama Nur sejak November tahun lalu.

Namun, rasa tidak senang ditimbulkan Noorkhiriah sebenarnya ada kena-mengena dengan watak Aisyah dilakonkannya dalam drama Nur 2.

Mengulas lanjut, kata Noorkhiriah, Nur 2 memaparkah sisi kehidupan Aishah yang amat berbeza daripada yang pernah dilihat dalam drama musim terdahulu.

“Semua orang ingat dia jahat. Saya sebagai pelakon juga tak percaya pengarah Shahrulezad akan merungkai kehidupan dilalui Aishah sampai macam tu dalam Nur 2.

“Barangkali orang akan cakap bodohnya Aishah, kesiannya Aishah.

“Macam saya cakap tadi, memang ada isteri masih nak taat pada suami jahat dan melampau macam watak Ustaz Syed Hamadi tu,” katanya.

Baru je feeling nak bersukaria sekali dapat mesej makan dalam dari suami- Noorkhiriah sebak

Pelakon Noorkhiriah terkejut apabila menerima gambar kubur daripada suaminya selepas meminta izin untuk keluar ‘bersuka ria’.

Noorkhiriah berkata menerusi kiriman gambar itu, bermakna suaminya tidak mengizinkannya.

“Baru je feeling nak bersukaria..mesejlah cik suami nak minta izin..

“Sekali cik suami reply ni (gambar kubur) ,dia tak cakap banyak..maknanya takyah nak bersukaria sangat..urmmm korang dah dhuha?” tulisnya.

Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, pelakon Nur itu memuat naik fotonya seseorang sedang mengg4li kubur yang dipercayai foto dari kiriman suaminya.

Rata-rata pengikutnya akui gambar tersebut benar-benar memberi kesan kepada mereka untuk lebih mengingati maati.

” Tahniah khiriah dapat suami yg sentiasa mengingatkan… Sungguh mendalam maksudnya.. Takpe akak.. Untung akak.. “

Bukan setakat itu sahaja peringatan yang Noorkhiriah ingin kongsikan. Terbaru, Khiriah ada memuat naik kapsyen berserta status untuk entri yang lain.

Kapsyen ini mengenai abang kandungnya. Khiriah menyatakan selain suaminya, abangnya adalah antara insan yang sentiasa memberi nasihat kepada dirinya supaya tidak terus hanyut dengan kelalaian dunia.

Ada sebab mengapa suaminya menghantar gambar kub0r dan abang kandungnya menghantar gambar bersama Ustaz Don. Apabila kita mengingati yang baik, kita akan sentiasa berbuat baik. InshaAllah.

” Oh my tok janggut, yang berdiri tu abg akak.. bukan yg duduk.. duduk tu Ustaz Don. H idup ni mmg simple.. nak tergelincir Allah anta mende2 cmni.. “

” Mgkn korg tak paham.. tapi itulah mende2 yg mengingatkan akak. kalau ssorang mmg tak kuad nak maintain kdg bocor tapi itulah.. “

” Suami anta gambar kub0r.. abang anta gambar gini.. maknanya jaga diri jaga akhlak jaga nama keluarga.. “

” Sebab dema tau adik dema ni pala masuq ayaq bila terlepas dari kandang. Terima Kasih Allah. “

“Itu Aurat Dan Dosa Saya,” Noorkhiriah

Noorkhiriah berharap permintaannya agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak diulang siar tidak disalah erti. Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shafie, 40, sebaliknya berkata, dia membuat permintaan itu kerana dia takut dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keaaan tidak menutup aurat. Beliau juga memohon maaf jika permintaannya itu diluar kemampuan dan sekiranya ada yang terasa hati dengan permintaan beliau.

“Itu aurat saya, dosa saya. Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya,” katanya

“Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia,” tambahnya lag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *